Sijil halal: Teresa cadang Jakim beri penjelasan rungkai salah faham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memberi penjelasan terperinci mengenai kontroversi pensijilan halal.

Menurut Teresa, kontroversi pensijilan halal ini tercetus akibat salah faham yang melibatkan pelbagai pihak.

“Nampaknya kontroversi pensijilan halal ini berlaku atas sebab salah-faham daripada pelbagai pihak.

“Saya rasa adalah lebih baik bagi Jakim untuk memberi penjelasan mengenai isu ini,” syor beliau dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Teresa memaklumkan pagi tadi beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen.

“Kebetulan pengurusan tinggi Halal Development Corporation (HDC) dan Jakim dijemput memberi pembentangan tentang usaha mereka untuk mempromosi pensijilan halal.

“Saya sempat mengambil gambar dengan Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin dan Mohd Zamri Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jakim.

“Sirajuddin berkata mereka datang ke Parlimen selepas memberi keterangan kepada pegawai polis di Bukit Aman berkenaan kontroversi pensijilan halal yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mohd Naim dan saya,” kongsi ahli Parlimen DAP itu lagi.

Justeru itu beliau menuntut penjelasan Jakim sebagai jalan keluar kepada kontroversi sijil halal.

Pun begitu, kata Teresa, mesyuarat jawatankuasa berkenaan dengan usaha pensijilan halal ini dijalankan dalam suasana yang mesra.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat