Siasat terperinci jenayah jijik GISBH, lebih bahaya jika dilantik jadi pemimpin masyarakat kelak – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan adil terhadap ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) yang dikaitkan dengan jenayah jijik.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, jenayah jijik seperti itu tidak boleh dinormalisasikan bahkan jangan biar masyarakat anggapnya sebagai perkara biasa sehingga membiarkan pelakunya lepas bebas.

Apatah lagi lebih bahaya jika dilantik sebagai pemimpin masyarakat, itu jauh lebih bahaya, kata Fadhli dalam kenyataan pada Khamis.

“Ramai yang minta ulas tentang GISBH. Kita mohon siasatan dijalankan dengan terperinci dan adil, jika benar mereka terlibat dengan jenayah menjijikkan itu, dakwa dengan segera di mahkamah.

“Jenayah jijik seperti itu tidak boleh dinormalisasikan, jangan biar masyarakat anggapnya sebagai perkara biasa sehingga membiarkan pelakunya lepas bebas, apatah lagi lebih bahaya jika dilantik sebagai pemimpin masyarakat, itu jauh lebih bahaya.

“Serahkan kepada polis untuk siasat dengan terperinci, jika ada bukti kukuh, bawa ke pengadilan,” gesa beliau.

Semalam media melaporkan, siasatan polis mendapati modus operandi yang dilakukan di rumah amal dikaitkan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6-11 pagi semalam, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat