Umno dulu parti berjaya, kini pengikut buntut PKR-DAP dan alat kepada Zahid – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno dulu sebuah parti yang pernah berjaya mengagalkan Malayan Union British, memerdekakan negara dan membangunnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.

Sebaliknya Umno kini katanya, sudah menjadi pengikut buntut PKR-DAP dan alat kepada Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Perdana Menteri itu membidas, Umno sekarang menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan (PH) yang terpaksa tunduk dan sokong DAP dan PKR.

“Dahulu Umno besar dengan wakil rakyat yang terbanyak ialah wakil rakyat Umno. Umno mendominasi Barisan Nasional (BN).

“Tapi kini tiga suku daripada ahli Umno dan penyokong sudah tolak Umno. Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan Zahid supaya undi DAP.

“Parti yang mengagal Malayan Union British, memerdekakan negara dan membangunnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia, sudah jadi pengikut buntut PKR/DAP dan alat Zahid Hamidi.

“Umno yang kononnya tidak akan terima Anwar dan DAP sekarang menjadi alat Anwar dan DAP,” dakwa beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Dr Mahathir, matlamat Umno bukan lagi memperjuangkan bangsa, negara dan agama.

Sebaliknya sekarang dakwanya, matlamat Umno hanyalah untuk selamatkan Zahid Hamidi daripada dihukum kerana rasuah dan seleweng wang.

“Itu sahajalah perjuangan Umno sekarang.

“Syabas Umno,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat