PUO tuan rumah MRT 2.0 ‘Eye’s On Palestine’ peringkat negeri

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) berkolaborasi bersama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Pertubuhan Ikram Malaysia menjayakan program MyCARE Road Tour 2.0 (MRT 2.0) peringkat negeri Perak, di sini baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media,
Unit Komunikasi dan Hubungan PUO berkata, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim telah merasmikan program ini bertemakan ‘Eyes On Palestine’

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar; Presiden Perak Chinese Assembly Hall (PCAH), Datuk Kwan Foh Kwai; YDP IKRAM Malaysia Perak, Hj. Abdul Jalil Abdullah, dan Pengurus Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Perak, Hj. Abdul Karim Azidin.

Menurut kenyataan itu, program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kemanusiaan, peperangan, dan bencana di seluruh dunia, terutamanya di Palestin.

Menurutnya, siri jelajah MRT 2.0 telah bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Sabah dan Sarawak pada Julai lalu hingga September ini.

Turut berkolaborasi, Pejabat YADIM Perak dan Majlis Pimpinan Rakan Siswa YADIM, manakala PUO pula telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pelaksanaan program ini.

“Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi meningkat kesedaran kepada orang ramai tentang isu konflik yang berlaku di Palestin dan mensyukuri nikmat keamanan dalam negara ini sempena sambutan Hari Malaysia 2024.

“Antaranya ialah Forum Eyes on Palestine, pertandingan inovasi dan reka cipta barang kitar semula bertemakan kemerdekaan dan Palestine, Explorace Palestine, Street Dakwah, Pameran Palestine serta jualan cenderamata, ”katanya.

“Para penyumbang Tabung Kemanusiaan Palestine dan penggerak utama program kesedaran isu-isu kemanusiaan di Palestine turut diraikan dengan penganugerahan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, MyCARE Malaysia dan Pengarah YADIM Perak.

“PUO telah dipilih sebagai salah satu Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Perak yang teraktif dalam menganjurkan aktiviti kesedaran isu dan konflik di Palestine sebagai lokasi program ini, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, penyelaras program, Ustaz Mohd Rosdi Ripin berkata,
MRT 2.0 sangat signifikan, dapat mengeratkan jalinan kerjasama srategik antara PUO dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MyCARE, IKRAM dan HCF dalam melaksanakan program kesedaran tentang isu konflik yang berlaku di Palestin.

“Selain itu, menghargai mereka yang banyak memberi sumbangan dalam menggerakan program dan mengumpul dana bantuan untuk rakyat di Palestine.

“Dijangka pada 2025 satu Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 2.0 bakal dilaksanakan bagi membantu rakyat Kemboja yang memerlukan, ”tambahnya – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat