PM mahu industri halal terus diperkasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta semua agensi termasuk Jawatankuasa Kabinet yang terlibat dalam pensijilan halal untuk membuka peluang yang luas kepada perindustrian mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Menurutnya, kelebihan yang diberikan kepada Malaysia selaku pemain utama dalam industri halal global perlu dimanfaatkan bagi memperkenalkan perniagaan mereka.

“Jadi ini semua harus diselaraskan dengan HDC (Halal Development Corporation Bhd) dan MATRADE (Perbadaban Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) kerana ada pengkhususan dan sinergi dengan industri tempatan.

“Halal sahaja tidak mencukupi jika tidak memberi peluang kepada peniga kecil dan menengah dari Tanjung Karang ke Manik Urai supaya dapat memeperkenalkan indusri mereka. Kita perlu memberi upaya dan alternetif ekonomi Islam yang membanggakan.

“Kalau tidak kita rugi kerana hanya meluluskan pensijilan tetapi tidak mengembangkan indutri halal negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Global Halal Summit (GHaS) 2023 di sini hari ini.

Jelasnya, melalui Ekonomi Madani dan Pelan Perindustrian Negara yang diumumkan, Malaysia perlu memberi penekankan peranan pensijilan dengan gabungan HDC dan MATRADE bagi mengenalpasti syarikat yang berpotensi.

“Pensijilan halal memang kita dapat markah yang tinggi tapi saya mahu ia terus diangkat bukan sahaja dijadikan contoh oleh negara lain, termasuk dari aspek kecekapan dari segi penyelidikan bermutu serta keupayaan memberi kelulusan dengan sangat cepat dan pantas.

“Dalam kunjungan saya baru baru ini ke China, presiden Vietnam, Kemboja, Laos tanpa kecuali membicarakan industri halal. Jadi kerugian besar jika kita tidak memberikan perhatian, manakala pengiktirafan itu telah diberikan kepada Malaysia,” katanya.

Jelasnya semua pihak yang berkaitan harus bersatu termasuk dalam jemaah menteri yang diselaraskan dibawah jawatankuasa kabinet untuk menekankan industri kecil dan sederhana

“Ada satu penekanan baharu, iaitu memberikan ruang kepada PMKS bertapak dengan bantuan sewajarnya. Kalau ini bukan urusan JAKIM, mungkin juga urusan MATRADE atau MARA dan sebab itu saya katakan, penyelarasan itu penting.

“Saya minta TPM dan menteri supaya dalam pensijilan ini dipastikan ia bukan sahaja halal dan memuaskan tetapi lebih efisyen dan cepat kelulusannya. Kerana isu ini kritikal.

“Sebab itu senergi diantara badan badan ini, tidak kira kementerian dan jabatan mesti diselaraskan,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat