3 juta akar umbi Umno pun tak mahu ikut telunjuk DAP – Isham beritahu Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil tegas menyatakan pendirian beliau untuk Umno tidak bersama dengan DAP lagi senada dengan suara 3 juta akar umbi Umno.

Isham berkata, akar umbi Umno mahu kembali ke perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu, bukan ikut telunjuk DAP untuk perjuangkan Malaysian Malaysia dan hapus hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Pagi tadi Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke berkata pandangan saya untuk tidak pergi pilihanraya dengan DAP itu pandangan peribadi saya seorang sahaja, dan dia kata lagi bahawa saya tidak mewakili Umno.

“Anthony, saya wakil akar umbi Umno. Akar umbi Umno mahu Umno kembali ke perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu, bukan ikut telunjuk DAP untuk perjuangkan Malaysian Malaysia dan hapus hak orang Melayu dan Bumiputera,” kata Isham dalam kenyataan pada Selasa.

Malah syor beliau, jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi Umno mahu, beliau mencadangkan Anthony untuk minta kepada kawan-kawan pro-DAP beliau dalam Umno untuk buat referendum.

“Buat referendum tanya 3 juta akar umbi Umno sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak.

“Ini adalah isu asas perjuangan iaitu sama ada mempertahankan hak orang Melayu, atau menyambut Malaysian Malaysia DAP.

“Dalam isu ini tidak boleh dukung keduanya sebab ia amat bertentangan. Bila ada perubahan kepada asas perjuangan perlu ada referendum supaya asas tidak menyimpang. Dan dengan ini barulah kita tahu pandangan mana yang sebenarnya mewakili parti,” tegas Isham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat