MyCar Hargai Sektor Gig-Ekonomi dan Pengamal Media

- Advertisement -

250 pekerja gig-ekonomi dan bekas petugas media yang terkesan akibat wabak Covid-19 menerima bantuan bakul makanan yang dilancarkan oleh MyCar di Putrajaya hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed selepas merasmikan program berkenaan ditemui berkata, dalam keadaan negara bergelut dengan pandemik Covid-19, pihaknya mengakui ramai orang memerlukan pelbagai bantuan, justeru kerjasama pelbagai pihak untuk membantu mereka sangat di alu-alukan.

“Bantuan daripada pihak swasta sangat dialu-alukan. Kerajaan juga berusaha membantu di saa pandemik ini.

“Ada di antara penerima bakul makanan ini sudah lama hilang pekerjaan, masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, ditimpa pula musibah dibuang kerja tatkala berdepan dengan wabak pandemik ini, ini merupakan cabaran yang besar yang mereka harus lalui untuk teruskan hidup dikala pandemik ini melanda,” katanya.

Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan dibawah inisiatif MyCar diberikan kepada penerima berbentuk keperluan harian yang terdiri daripada beras, minyak, susu, gula, kicap, sos dan sebagainya.

Sebagai peruntukan tambahan, 210 Bakul Makanan lagi akan diagihkan kepada pemandu e-hailing mengikut zon yang berlainan yang merangkumi Selayang dan Pantai Dalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat