Baru Bian Positif Covid-19

- Advertisement -

KUCHING: Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula esok kerana disahkan positif COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakelalan berkata, saringan ujian RT-PCR menunjukkan beliau positif COVID-19 pada malam Jumaat, 10 September 2021.
Katanya, ujian saringan itu dilakukan Baru adalah sebahagian daripada prosedur yang diwajibkan sebelum persidangan Dewan Rakyat.

“Saya dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur dari Kuching hari ini untuk menghadiri persidangan Parlimen bermula esok. Namun, saya didapati positif COVID-19 ketika saya menjalani ujian wajib RT-PCR pada malam Jumaat, 10 September 2021 iaitu tiga hari sebelum persidangan Parlimen.

“Saya diminta menjalani kuarantin hingga 21 September 2021, jadi saya mesti tidak hadir di parlimen sehingga kuarantin selesai,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Baru menambah, beliau hanya mengalami gejala ringan, selesema dan demam yang ringan.

Dalam kesempatan itu, Baru turut menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 yang beliau yakini boleh membantu menyelamatkan nyawa pesakit wabak tersebut.

“Saya yakin vaksinasi yang saya terima beberapa bulan lalu telah mencegah simptom serius yang memerlukan rawatan di hospital, dan saya sangat menggesa mereka yang belum diberi vaksin untuk mendapatkan vaksin. Ia dapat menyelamatkan nyawa anda,” tambahnya lagi.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,557FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat