#PRNSabah : Rakyat Sabah Muak Retorik Politik Melampau Warisan

- Advertisement -

PAPAR – Barisan Nasional (BN) yakin pengundi Sabah sudah jemu dengan retorik politik yang dimainkan Parti Warisan Sabah (Warisan) sepanjang mengemudi kerajaan negeri.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata, janji yang tidak ditunai, dan retorik politik melampau memperlihatkan kepada rakyat bahawa Warisan tidak berkeupayaan untuk mentadbir negeri ini.

Hal demikian katanya, situasi politik ini berbeza dengan pentadbiran sebelum ini, bahkan BN sebenarnya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermaksud, track record tersebut memberi keyakinan rakyat bersama BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Gabungan BN dan PN ini yakin mampu untuk mengambil alih semula kerajaan negeri Sabah, kerana kita optimis bahawa rakyat Sabah mahukan pembangunan, mereka mahukan pembelaan, tidak perlu lagi bermain politik yang melampau ia merugikan rakyat.

” Sebab itu saya percaya rakyat Sabah meletakkan kepentingan negeri di hadapan dan tentunya akan memilih parti yang berjuang untuk kepentingan mereka dan track record yang ada sudah tentu BN adalah pilihan terbaik.

“Selain itu, untuk membolehkan pembangunan dan isu- isu Sabah ini dibela dan dilaksanakan dengan baik tentulah kita harus mempunyai parti yang ada hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan,” katanya kepada SuaraTV di Pejabat UMNO Bahagian Papar, di sini, hari ini.

Shamsul Anuar yang juga Menteri Tenaga Dan Sumber Asli memaklumkan, kerajaan negeri dan Persekutuan yang sealiran mampu membawa isu perjuangan rakyat seperti pembangunan ekonomi, pembangunan prasarana dan isu-isu kepentingan rakyat Sabah boleh diangkat dan dilaksanakan dengan baik.

“Bersandarkan asas ini, saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat Sabah pada 26 September ini mereka akan pilih BN dan rakan- rakan PN

” Dan ini kita harapkan untuk memastikan apa juga isu yang diperjuangkan rakyat Sabah dibela dan diperjuang,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Shamsul Anuar berkeyakinan tinggi kesemua kerusi yang ditandingi BN dan PN dalam akan mencipta kemenangan.

“Gabungan BN dn PN mengatur strategi dan juga yang langkah- langkah terbaik berasaskan kepada pengalaman dan juga senario politik yang sudah begitu berbeza.

“Tentunya kita meletakkan keyakinan tinggi untuk mencipta kemenangan di semua kerusi yang kita tandingi,” katanya.

Meskipun tidak dapat menentukan peratus peluang untuk menang, beliau berkeyakinan dengan kekuatan jentera kita di semua peringkat dan sokongan daripada rakyat yang diperolehi dalam pilihan raya negeri ini akan menjadi ukuran kepada apa yang BN dan PN usahakan.

“Namun demikian dalam apa jua keadaan sekali pun kita mesti bekerja dengan kuat mendekati rakyat kerana itu saja yang menjadi penentu kepada kemenangan dalam pilihan raya ini,” ujarnya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat