#PRNSabah : BN, UMNO Tidak Pernah Bincang Lantik Hajiji Sebagai Ketua Menteri

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Barisan Nasional (BN) berkata pemilihan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri tidak pernah dibincangkan.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian parti itu akan mengeluarkan satu kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

“Tidak dibincang dengan kita, yang dipersetujui selama ni hanyalah kita akan putuskan Ketua Menteri selepas habis PRN jikalau GRS (Gabungan Rakyat Sabah) menang.”

“Presiden parti-parti gabungan perlu duduk semeja dengan segera untuk meleraikan dan keluar dengan satu nada,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Hajiji sebagai calon ketua menteri Sabah ketika berucap di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran di sini pagi ini.

Hajiji yang turut hadir mengiringi Muhyiddin kemudiannya bergerak ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman.

Gabungan Rakyat Sabah diumumkan Perdana Menteri hari ini terdiri daripada Barisan Nasional (BN), komponen Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat