Musa Bakal Dilantik TYT Sabah?

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Figura misteri paling dinanti pada proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pagi ini, Tan Sri Musa Aman muncul di Twitter dengan mengucapkan “selamat maju jaya Sabah dan jaga diri”.

Mesej ringkas itu merungkai teka-teki bahawa bekas ketua menteri Sabah 15 tahun itu tidak mencabar mana-mana kerusi dalam pilihan raya negeri kali.

Meskipun sebelum ini beliau ada membayangkan akan bertanding di DUN Sungai Manila.

Awal hari ini, pengamal media, pengundi dan penganalisis politik menanti kelibat Musa untuk mendaftarkan diri sebagai calon, namun, hingga selesai proses penamaan calon beliau tidak tampil.

Di akaun Twitter Musa pula, pengikutnya mengatakan beliau adalah bakal Yang di-Pertua Negeri Sabah yang membawa gelaran Tuan Yang Terutama (TYT).

Pada 9 September lalu, Musa menerusi ciapannya berkata, “Saya akan kembali ke Sungai Manila”.
Ia adalah kerusi baharu dalam Parlimen Libaran.

Beliau adalah penyandang bagi kerusi DUN Sungai Sibuga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat