Bekas Adun PKR Pertahan Kerusi Sebagai Calon Bebas

- Advertisement -

[Sertai Telegram @portal Berita SuaraTv untuk berita terkini Pilihan Raya Negeri Sabah]

KOTA KINABALU – Bekas naib pengerusi PKR Sabah Kenny Chua akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Inanam sebagai calon Bebas selepas rundingan dengan sebuah parti tempatan gagal.

Chua, yang dipecat daripada PKR selepas berpihak kepada bekas ketua menteri Musa Aman dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Warisan Julai lepas berkata, beliau sepatutnya bertanding sebagai calon Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Perjanjian awalnya ialah penyandang akan bertanding di kerusi yang diwakili sebelum ini, tetapi mereka tidak menunaikan janji,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di pusat penamaan calon di Menggatal dekat sini, hari ini.

“Saya akan berjuang hingga akhir, lawan tetap lawan. Rekod perkhidmatan menunjukkan saya berkhidmat kepada rakyat.

“Walau apa pun keadaannya, saya menyokong Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Chua adalah antara 13 Adun yang keluar kerajaan Warisan Plus untuk menyokong Musa.

PBS sebaliknya mencalonkan William Majimbun untuk kerusi Inanam.

Persaingan nampak sengit kerana Chua dan Majimbun adalah antara 9 calon yang hadir untuk menyerahkan kertas pencalonan masing-masing di pusat berkenaan.

Individu lain termasuklah bekas ketua menteri Chong Kah Kiat daripada Parti Demokrasi Liberal, Terrence Tsen (Parti Kerjasama Anak Negeri), Regina Lim (Parti Cinta Sabah), Pito Galim (PKR), bekas pengerusi MCA Sabah Francis Goh (Parti Gagasan Rakyat Sabah), Mohd Hardy Abdullah (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu) and seorang lagi calon Bebas Achmed Noorasrul.

Proses pencalonan bermula pada pukul 9 pagi dan akan akhir berakhir sejam kemudian. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat