KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh memaklumkan kelas pasang Jalur Gemilang yang dirancangnya dibatalkan memandangkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bakal memasang bendera gergasi di kedai perkakas di Pulau Pinang yang dianggap Akmal sebagai bentuk pengajaran kepada pemilik premis berkenaan.
Bukan cuma itu, Akmal juga memaklumkan beliau akan turun ke Pulau Pinang mengunjungi kedai perkakas kontroversi berkenaan pada petang Khamis ini bagi meninjau Jalur Gemilang gergasi yang akan dipasang Anthony Loke.
Akmal juga bahkan sangat teruja untuk bersama-sama DAP Pulau Pinang mengedarkan Jalur Gemilang di lokasi berkenaan.
“DAP dan MCA lebih kurang senada mengatakan saya adalah pembuli dan juga melihat bila saya mendesak Peguam Negara daripada kenyataan Anthony Loke itu, adalah tidak patut untuk campur tangan dan saya nak beritahu… mendakwa pekedai di Pulau Pinang yang tersilap memasang bendera sebenarnya “yang tersilap” itu pun Anthony Loke tak boleh cakap dulu biarlah Peguam Negara yang tentukan sama ada tersilap ataupun tak silap.
“Kalau buat begini maksudnya Anthony Loke pun juga dah mendahului Peguam Negara jadi lebih kurang sama juga.
“Saya nak ucapkan terima kasih Anthony Loke kerana telah bersetuju untuk pasangkan bendera yang besar katanya kat situ (kedai perkakas) maksudnya lebih kurang nak mengajar kepada pekedai itu cara pasang bendera lah tu, – dah sebabkan Anthony Loke dah mengajar, kelas saya nak buat itu kita cancel.
“Tapi saya akan tetap datang juga hari Khamis ini sebab kita nak tengok Anthony Loke pasang bendera itu sama ada betul ke tak betul pasang, dengar kata orang DAP nak sambut petang tu, sebab mereka nak sambut takkanlah saya tak nak datang.
“Insya-Allah Khamis petang sekitar jam 5.30 atau 6 petang saya akan datang di situ, saya pun nak tengok sambutan macam mana dan katanya nak bagi bendera, kita pun ada bawa bendera kita akan bagi sama-sama untuk kita bagi kesedaran kepada orang ramai. Jadi ahli DAP yang nak sambut kami pada petang hari Khamis tu jumpa nanti sama ada ada dakwa atau tak dakwa itu perkara kedua,” ujar Akmal dalam video dimuat naik di Facebook beliau pada Selasa.
Akmal bahkan sangat berbesar hati menerima sambutan DAP.
“Kamu nak buat sambutan kami terima sambutan kamu untuk datang, bab ini mereka bersama tak kiralah parti DAP ke MCA mereka bersama bab ini.
“Datanglah bersama tengok bendera gergasi yang dipasang tu,” seru beliau.



