Rain gegar Kuala Lumpur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun tidak berkunjung ke Malaysia, superstar K-Pop terkenal, Rain bakal mengubati kerinduan peminat sempena Betadia Night di Arena Axiata, Bukit Jalil, pada 27 Ogos ini.

Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji Hoon, 40, adalah salah satu bintang terbesar dunia K-Pop yang mempunyai ramai peminat di Korea Selatan, Asia dan seluruh dunia.

Bukan hanya dikenali sebagai penyanyi, Rain juga pelakon, penari dan pengacara pelbagai program.

Tidak muncul berseorangan, pelakon yang mencetuskan fenomena menerusi drama Full House dan Ghost Doctor itu akan ditemani dua penyanyi tempatan, Andrew Tan dan Jess Lee.

Andrew adalah penyanyi Mandapop yang menceburi bidang nyanyian sejak 2006 selepas memenangi pertandingan Astro Talent Quest dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.

Rain salah satu bintang terbesar dunia K-Pop yang mempunyai ramai peminat di Korea Selatan, Asia dan seluruh dunia.
Rain salah satu bintang terbesar dunia K-Pop yang mempunyai ramai peminat di Korea Selatan, Asia dan seluruh dunia.

 

Pada 2010, Andrew mula menjadi perhatian selepas lagu Tian Hou mendapat tempat di hati peminat di Taiwan dan seterusnya, mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.

Jess Lee pula memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menjuarai pertandingan nyanyian, One Million Star musim ketujuh dan berjaya mengumpul markah tertinggi dan berjaya memecah rekod pada pusingan akhir.

Kini, Jess Lee menetap di Taiwan bagi mengukuhkan bakat dan kerjayanya.

Betadia Night adalah persembahan percuma yang membuka peluang kepada peminat menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket dalam talian secara percuma.

Untuk mendapatkan tiket percuma bagi menyaksikan persembahan Rain, Andrew dan Jess Lee, peminat perlu mendaftar dalam talian.

Untuk maklumat lanjut dan cara mendaftar, ikuti laman Facebook Betadia Malaysia di https://www.facebook.com/betadiamy/ dan http://www.betadia.asia/ untuk rebut tiket dalam talian.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat