Mat Kilau ditayangkan di 200 pawagam di Indonesia

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selepas berjaya mencatat kutipan hampir RM100 juta, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di 200 pawagam di Indonesia bermula 31 Ogos ini.

Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali ketika dihubungi berkata, dia berharap filem itu mendapat sambutan baik dan diterima penonton di sana.

“Perancangan nak membawa masuk dan menayangkan filem ini di sana sudah dibuat sejak sebulan lalu. Selepas membuat perbincangan, jadi sudah dipersetujui 31 Ogos ini akan ditayangkan di 200 pawagam di sana. Insya-Allah, pada 26 Ogos ini pula tayangan perdana atau malam gala Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan diadakan di Jakarta.

“Harapan saya semoga mesej yang ingin disampaikan menerusi filem ini dapat diterima baik. Sebagaimana sambutan diberikan dalam negara kita, Singapura dan Brunei, harapnya di sana begitu juga.

“Filem ini bukan hanya hiburan tapi mesej yang bermanfaat. Bagi saya ini yang penting. Kemudian, ia diterjemahkan dengan kutipan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya adakah tayangan gala itu nanti turut disertai pelakon utamanya, Datuk Adi Putra, Abdul Rahman berkata, pelakon itu ada dalam senarai.

“Sekarang ini pada dasarnya semua akan hadir termasuk nama-nama besar dalam filem ini akan pergi. Itu yang saya difahamkan oleh pasukan. Cuma, perkara sebegini boleh bertukar sebab kita memang tidak ada kontrak dan boleh paksa mereka untuk pergi. Perancangannya semua pelakon utama akan pergi termasuk pengarah,” katanya.

Ditanya mengenai kutipan setakat ini, Abdul Rahman berkata, ia sudah mencecah RM94.4 juta dan masih ditayangkan di sini.

Berkenaan isu hantaran dimuat naik Adi di Instagram, Abdul Rahman berkata adiknya, Ismail Mt Dali yang juga penerbit filem itu ada menghubungi pelakon itu semalam.

“Semalam saya ada tanya adik saya. Dia ada cakap berkenaan Adi, cuma ketika itu dia dalam mesyuarat dan akan menghubunginya semula.

“Lebih kurang jam 11 malam, dia cuba menghubungi Adi tapi tak berjawab. ‘Call’ dan mesej WhatsApp pun sama. Dan ketika itu tanpa menyedari Adi memuatnaik hantaran di Instagram,” katanya.

Abdul Rahman menjelaskan, tidak ada sebarang isu berbangkit dengan Adi sebelum ini.

“Tak ada isu apa-apa pun. Pendek kata, ambil semangat Mat Kilau,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat