Malaysia-Indonesia capai tiga kata sepakat penting keselamatan sempadan – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia menerusi Mesyuarat ke-42 General Border Committee Malindo mencapai tiga kesepakatan penting demi keselamatan sempadan kedua-dua buah negara berjiran.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, satu penghormatan dan kebanggaan buat dirinya kerana berpeluang mempengerusikan bersama Mesyuarat Ke-42 General Border Committee Malaysia-Indonesia buat julung kalinya dengan Menteri Pertahanan Republik Indonesia, TYT Prabowo Subianto.

“Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dan amat mesra. Hasilnya, beberapa kesepakatan penting telah dicapai demi kepentingan keselamatan sempadan Malaysia-Indonesia.

“Kata sepakat dicapai ialah mempercepatkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia dan TNI di Pos Gabungan Bersama (GABMA) yang sedia ada dan baharu melibatkan 7 pos di Malaysia dan 7 pos di Indonesia.

“Juga mengaktifkan semula patrol terkoordinasi darat, laut dan udara yang telah tertangguh disebabkan Covid-19, sebagai langkah memperkukuhkan hubungan kerjasama antara agensi keselamatan kedua-dua negara,” kata Hishammuddin dalam kenyataan pada Jumaat.

Perkara lain yang disepakati katanya,ialah mewujudkan kerjasama keselamatan siber di bawah GBC MALINDO yang bertujuan membina jalinan hubungan kerjasama antara agensi siber Malaysia dan Indonesia serta meneroka inisiatif baharu dalam usaha untuk memelihara keselamatan data siber kedua-dua negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat