Apa hal pulak Adi Putra dengan Studio Kembara?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Boleh hubungi Studio Kembara.”

Itu jawapan pelakon terkenal, Datuk Adi Putra ketika dihubungi Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan mengenai hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi hantaran itu, Adi, 41, yang melakonkan watak Mat Kilau dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menyindir penerbit filem itu, Studio Kembara yang sukar dihubungi.

“Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd (Studio Kembara), andai tidak cukup ‘handphone’ (telefon bimbit) kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu ‘handphone’ agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

“Akan kerana ini saya manfaatkan di ‘socmed’ (media sosial) agar mesej saya sampai ke pihak Studio Kembara,” katanya.

Menerusi status sama, Adi dengan tegas menyatakan tidak akan menghadiri tayangan gala filem itu di Jakarta, Indonesia.

“Insya-Allah saya tidak akan hadir Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih,” katanya.

Hantaran itu turut disertakan keterangan yang mana Adi berharap mesej itu sampai ke pengetahuan pihak berkenaan.

“Semoga mesej ini sampai ke pihak berkenaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan,” tulisnya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada penerbit, Abdul Rahman Mt Dali berkenaan perkara yang terjadi tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat