Kolumnis Portal Utusantv sangkal berita palsu, tiga ahli Parlimen PH ‘dibeli’ Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –  Kolumnis Portal Utusantv, Zulkiflee Bakar menafikan pembabitannya menulis berita bertajuk ‘Siapa tiga ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) lompat sokong Perikatan Nasional (PN)? bertarikh 11 Ogos 2021.

“Saya Zulkiflee Bakar tidak pernah menulis artikel bertajuk ‘Siapa 3 Ahli Parlimen Pakatan Harapan Lompat Sokong Perikatan Nasional? yang pautannya ke agendaily.com adalah tidak wujud.

“Sehubungan itu, saya tidak ada kaitan sama sekali dengan penghasilan artikel berkenaan walaupun nama adalah sama.

Artikel berkenaan memuatkan laporan kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gembira dengan penambahan tiga ahli Parlimen PH iaitu Tony Pua (DAP-Damansara), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Maria Chin (PKR- Petaling Jaya) yang berpaling tadah dari blok pembangkang menyokong beliau.

Malah deposit RM5 juta turut diberikan manakala baki RM10 juta akan disalurkan selepas sidang media.

Hal demikian kata laporan palsu itu, surat Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 9 Ogos yang memberitahu bahawa Perdana Menteri hanya ada sokongan 100 ahli Parlimen sahaja dan dengan tambahan tiga sokongan menjadikan kem Muhyiddin semakin tekad menolak saranan Istana Negara agar meletakkan jawatan.

Kandungan lain yang dimuatkan iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan untuk memancing ahli Parlimen dari Amanah dan Warisan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula fokus ahli Parlimen DAP manakala Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali ditugaskan mencari sokongan di kalangan ahli Parlimen PKR.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat