Penjaja Haram Menganggu Laluan Pejalan Kaki – DBKL-

- Advertisement -

CYBERJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan penularan rakaman video penguatkuasan “Dimana Sifat Kemanusiaan? #Pembela” pada 8 Ogos lalu yang tular mengaitkan anggota penguatkuasa DBKL yang melakukan tindakan penguatkuasaan di Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ini.

“DBKL sudah mengeluarkan amaran awal secara lisan dan bertulis kepada semua aktiviti perniagaan tanpa lesen di Taman Tasik Titiwangsa. Banyak laporan awam diterima kerana aktiviti perniagaan ini menganggu laluan awam khususnya di Jalan Kuantan disebabkan mereka beroperasi diatas laluan penjalan kaki.

“Penjaja ini semakin bercambah ramainya, jika tidak dikawal dan dibendung ianya akan membahayakan penjalan kaki kerana terpaksa berjalan di atas jalan raya disebabkan halangan oleh penjaja terbabit. Kita juga telah mengeluarkan amaran lisan dan bertulis kepada pengusaha basikal sewa yang beroperasi tanpa lesen.

DBKL juga menjelaskan pada hari sabtu lepas, mereka telah membuat rondaan di lokasi dan mendapati penjaja serta pergusaha basikal yang berada di lokasi akur bertindak mengemaskan peralatan dan beredar namun ada juga penjaja terbabit masih berdegil dan terus berniaga disana.

Apabila kita menghampiri dan memberitahu mereka bakal dikenakan tindakan barulah penjaja terbabit berpura-pura mengemas dan menunggu kenderaan namun tiada tanda-tanda mereka akan beredar, jelas DBKL lagi.

“Kita terpaksa menyita meja penjaja selepas mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Kita tidak menyita barangan jualan milik mereka. Kita mengikuti SOP (membuat rakaman video) yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang manipulasi fakta bagi yang cuba mengambil kesempatan.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, tugas penguatkuasaan adalah amat penting dan perlu dihormati oleh semua. Beliau akan berjumpa dengan DBKL untuk mendapatkan maklum balas mereka.

“Saya akan ke Tasik Titiwangsa petang ini, untuk memahami situasi dan cari jalan penyelesaian yang sesuai, tulis beliau di twitternya.

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat