PRK Slim: Mohd Zaidi Aziz Dipilih Sebagai Calon BN

- Advertisement -

PERAK: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim pada 29 Ogos ini.

Pengumuman telah dilakukan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad dalam satu sidang media di Dewan Rajawali Felda Residence, Trolak sebentar tadi.

Zaidi, 43, seorang Usahawan yang berkelulusan Ijazah daripada Universiti Islam Antarabangsa pada 2001 (Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences, IRKHS). Berpengalaman sebagai Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Minda Selangor INMINDS (2004-2007) dan pernah menjadi Pegawai Pemantau Khas kepada Menteri Besar Selangor (2007-2008). Dari segi penglibatan sosial, beliau sangat aktif bersama NGO/Pertubuhan Sukarela disamping penglibatan  dalam politik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim diadakan 29 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 15 Ogos dan pengundian awal pada 25 Ogos, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga jam 11.59 malam, 28 Ogos nanti.

Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, menyaksikan Mohd Khusairi, yang mewakili BN, mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zaina

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat