Nvidia bakal umum GPU siri 3000?

- Advertisement -

SYARIKAT gergasi dan peneraju industri pemproses unit grafik (GPU) Nvidia bakal menyambut ulang tahun pengeluaran pertama kad grafik miliknya iaitu GeForce ke-21 pada 31 Ogos ini dan khabar angin menyatakan bahawa syarikat berkenaan bakal mengumumkan generasi baharu produk keluarannya iaitu siri 3000.

Bagi penggemar permainan desktop, pastinya mengetahui siri kad grafik keluaran Nvidia GeForce dan pemain industri sedang menantikan pengumuman generasi baharu keluaran syarikat itu.

Menerusi siri terdahulu iaitu generasi GeForce RTX siri 2000 mencatatkan kejayaan yang besar dan kini syarikat berkenaan bakal mengumumkan siri 3000.

Tidak dapat dipastikan sama ada Nvidia akan mengekalkan kod nama ‘RTX’ untuk siri baharu mereka atau akan menggunakan kod baharu untuk inovasi teknologi terkini.

Akaun Twitter rasmi milik Nvidia GeForce memuat naik ciapan mengenai sesuatu yang besar akan berlaku penghujung bulan ini selain daripada sambutan ulang tahun syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung pengumuman yang akan dibuat namun ramai pemain industri utama menyatakan bahawa Nvidia akan mengumumkan generasi baharu GPU keluaran mereka.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat