Diberi petunjuk indah sebelum berhijrah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hidayah itu milik Allah. Dibuka pintu hati dalam membulatkan melakukan penghijrahan memberi pengertian bermakna buat penyanyi dan pelakon, Kilafairy, 28.

Siapa sangka bintang filem Karak dan Horey! Horey! yang sering berimej seksi dan memiliki seraut wajah menggoda

itu mampu berubah 360 darjah dalam sekelip mata.

Ketika gadis seangkatan usianya sedang enak dibuai keseronokan, Kilafairy atau nama sebenar, Syakila Nisha Jangir Khan pula didatangi petunjuk yang tidak disangka.

Perlahan demi perlahan, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil itu mula berimej sopan dan tidak lagi berpakaian menjolok mata, sejak awal tahun ini.

Kilafairy berkata, hidayah yang diterima umpama hadiah yang tak boleh ditukar ganti. Sangat indah dan istimewa. Cukuplah, simpan petunjuk untuk diri dan hanya berkongsi dengan insan rapat.

“Saya selesa tidak bercerita mengenai petunjuk yang diterima hingga mengubah dimensi diri dan kehidupan.

“Jujurnya, saya tak putus berdoa mahu menjadi insan lebih baik dalam setiap sujud sejak dua tahun lalu. Doa saya, jika benar berikanlah saya petunjuk.

“Alhamdulillah, detik itu datang bagai rahmat yang tidak terduga. Jadi, kita harus terus berdoa memohon hajat hati. Jangan pernah mengalah, berhenti dan penat memanjangkan doa. Doa sangat mustajab dan berkuasa. Ia senjata orang Islam,” katanya kepada BH Online.

Kilafairy menganggap pengorbanan besar dilakukan saat berhijrah demi menggembirakan hati ibu bapanya. - Foto IG Kilafairy
Kilafairy menganggap pengorbanan besar dilakukan saat berhijrah demi menggembirakan hati ibu bapanya. – Foto IG Kilafairy

Berhijrah ke arah lebih baik pada usia masih muda, penyanyi yang pernah berkolaborasi dengan bintang antarabangsa, Sean Kingston, menerusi lagu Put The Word In itu bersyukur saat beroleh hidayah.

“Saya percaya soal cepat atau lambat pasti wujud dalam sesuatu perkara. Ia termasuklah fasa yang saya lalui hari ini.

“Ramai berpendapat, insan yang dipilih untuk berhijrah cukup istimewa. Teman baik seperti Neelofa selalu berpesan berubah secara perlahan dan tidak terlalu drastik.

“Papa pula selalu bertanya apa yang dirasai selepas saya bertudung dan keluar rumah. Saya balas hanya satu jawapan iaitu lega. Benar, ketenangan yang diperoleh tidak boleh dijual beli,” katanya.

Kongsi Kilafairy, sesuatu yang pernah terdetik langsung di hatinya saat berhijab adalah rezeki.

“Soal rezeki dan tawaran kerja adalah perkara terakhir difikir ketika berhijrah. Saya memiliki produk kesihatan yang kebiasaannya perlu menunjukkan bentuk badan dengan berpakaian ketat. Bagaimanapun, saya tidak gusar.

“Saya cakap dengan pasukan kerja akan pakai baju longgar. Jika keputusan hidup ini tidak seiring dengan konsep perniagaan, saya tak kisah dan sanggup berhenti. Tetapi, sebaliknya ia bukan masalah besar.

“Saya serah segala-galanya atas ketentuan Allah. Namun, satu persatu rezeki datang kepada saya tanpa diduga. Allah lebih mengetahui dan menunjukkan kebesaran-Nya,” katanya.

Bekas penuntut Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen, Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur itu berkata, pengorbanan besar yang dilakukannya saat berhijrah demi untuk menggembirakan ibu bapanya.

“Inilah momen paling bahagia apabila dapat membahagiakan hati ibu bapa. Doa mereka akhirnya dimakbulkan.

“Sekarang, ibu bapa sudah tidak takut mahu meninggalkan saya seorang diri. Malah, saya juga ada beberapa perkara yang ingin lakukan dalam hidup.

“Ia seperti satu matlamat dalam mengimbangi kehidupan. Cuma, belum masanya saya berkongsi. Saya berdoa apa yang dihajati dipermudahkan,” katanya.

Selain perniagaan, Kilafairy berkata, dia masih meneruskan kerjaya seni.

“Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama Dilema Wanita terbitan Global Station. Saya terbabit dalam satu episod dan pembabitan pertama saya selepas bertudung.

“Bagaimanapun, sebelum ini, banyak drama yang dibintangi menuntut saya memakai tudung,” katanya.

Sempat diusik mengenai reaksi ‘cinta hati’ selepas bertudung, Kilafairy berkata, dia terkejut dengan keputusannya.

“Namun, kekasih sangat bersyukur dengan hijrah ini,” katanya yang kini sedang menjalin hubungan cinta dengan jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman yang dikenali sejak 12 tahun lalu ketika di bangku sekolah.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat