Syatilla tak takut Sam digoda?

Beri ruang Muhyiddin tentukan corak pentadbiran negara kata Annuar Musa

Putrajaya - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan, kata...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kuala Lumpur - Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan tidak stabil menolak dakwaan Seri Paduka memiliki...

Agong zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Cikgu Sam

CYBERJAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Samuel Isaiah, guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang,...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Kuala Lumpur - Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan sehingga menyebabkan keadaan politik negara menjadi semakin...

Pejuang desak Hamzah, ROS beri jawapan berhubung pendaftaran parti

Kuala Lumpur – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan mengapa pendaftaran parti itu belum diluluskan. Setiausaha Agungnya,...

KUALA LUMPUR: Melihat kisah kegagalan rumah tangga ekoran kecurangan suami, pelakon, Syatilla Melvin, 29, percaya suaminya, Shaheizy Sam, 38, tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan.

Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin itu berkata,

dia tidak takut suami digoda kerana yakin Sam tahu jaga batasan.

“Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian, bagaimanapun sebagai wanita saya tetap juga berfikir. Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan stabil.

“Saya tak mahu hanya bergantung pada dunia lakonan kerana sedia tahu jangka masa seseorang pelakon bukanlah lama. Jadi, saya memerlukan simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan,” katanya kepada BH Online.

Ia juga menjadi salah satu faktor ibu kepada dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, itu sibuk mengembangkan perniagaannya.

Terbaharu, Syatilla akan tampil dengan produk jamu selepas perniagaan kosmetik, Kekasih by The Melvins mendapat sambutan yang luar biasa.

Kongsi Syatilla ketika hadir di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini, dia akan tampil dengan produk jamu sekitar September depan.

“Saya mengembangkan sayap perniagaan dengan tampil dengan produk baharu, jamu. Kenapa saya pilih jamu? Sebab saya mengamalkan pengambilan jamu sejak berusia 15 tahun, sama seperti adik beradik.

“Saya suka makan jamu kerana apabila mengamalkannya, rasa bertenaga dan merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan memiliki cahaya mata.

“Saya tak pandai untuk menghasilkan produk seperti tudung dan baju, jadi saya pilih produk yang disukai. Jujurnya, jamu sangat membantu saya,” katanya.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, penghasilan jamu juga bagi menggalakkan lebih ramai gadis mengamalkannya dari usia muda.

“Sebab ia untuk kebaikan jangka masa panjang, bukan masa pendek. Tengok wanita di Indonesia, ramai yang mengamalkan pemakanan jamu daripada usia muda untuk tampil awet muda.

“Ia bukan sahaja untuk awet muda, tetapi tenaga. Saya pula mempunyai dua cahaya mata yang sangat aktif, jadi perlu kekal bertenaga.

“Selain itu, boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi, kita boleh lihat pelbagai permasalahan suami dan isteri, jadi jamu boleh membantu mengekalkan hubungan,” katanya.

Berita harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Asam Laksa Pulau Pinang Tersenarai Sebagai Makanan Ketujuh Terenak Dunia

Sebut mengenai Pulau Pinang pasti ramai yang sudah membayangkan keenakan makanan di negeri ini yang turut digelar sebagai syurga makanan di Malaysia. Menawarkan seleksi...

‘Sold Out’ Dalam Masa 48 Jam Tahun Lepas, Starbucks Kembalikan Minuman Popular Pumpkin Spice Latte

Minuman popular Starbucks Pumpkin Spice Latte telah kembali menemui para peminatnya mulai hari ini. Pada tahun lepas, minuman ini terjual dalam masa 48 jam...

Ratu Balqis enggan meratapi perceraian

KUALA LUMPUR: Enggan terus meratapi kesedihan ekoran perceraian, penyanyi, Ratu Balqis, bangkit dengan single baharu berjudul Buaya yang turut menampilkan penyanyi, Mimi Fly sebagai...