Oleh: Zihan Zari
IPOH – Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Ungku Omar (PUO) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnnya (CSR) bagi memperkasakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
JMSK – PUO mengambil langkah pendekatan mengadakan bengkel pengenalan STEM kepada 16 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik BAKIP (MATAQAB) di sini, pada Khamis.
Pegawai Perhubungan Awam, PUO, Sharifah Anita Wafa berkata, bengkel ini turut memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar MATAQAB menimba ilmu pengetahuan berkaitan Arduino, sensor dan pengaturcaraan C.
Selain itu, ianya dapat melahirkannya pelajar yang berkemahiran tinggi kreatif serta inovatif selaras dengan keperluan STEM dalam Revolusi Industri 4.0 serta memantapkan pemikiran dan menajamkan minda pelajar.
Beliau berkata, aktiviti bengkel ini dimulakan dengan pelajar membentuk lima kumpulan dan memberi peluang kepada mereka membina line following robot bermula dari tinkerrcar simulation.
Menurutnya, melalui tinkercard circuit mereka mempelajari pula cara membuat sambungan litar dan seterusnya membuat pengaturcaraan blok.
Setelah pelajar berjaya membuat line following robot secara simulation, mereka memuat turun code tersebut ke robot yang sebenar.
Katanya, pelajar juga diberikan peluang untuk menguji lari line following robot masing-masing selepas sesi pembangunan robot tersebut,
Ujarnya, PUO menjadi salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menjadi saluran perkongsian ilmu bidang STEM kepada masyarakat luar di samping mempromosikan PUO sebagai peneraju Technical and Vocational Education and Training (TVET).
“Pensyarah yang terlibat turut mendapat manfaat dari segi perkembangan ilmu dan pengurusan pelajar, selain menjalinkan hubungan kerjasama di antara masyarakat setempat dan warga PUO,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, dua tenaga pengajar MATAQAB yang menjadi pengiring kepada pelajar, turut sama terlibat dengan bengkel ini. – SUARA.TV



