RM800,000 Untuk Tukun Tiruan Di Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meluluskan peruntukan berjumlah RM800,000 bagi kerja melabuhkan tukun tiruan di perairan Pahang, tahun ini.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kerja melabuhkan tukun tiruan itu akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat.

Katanya, kebanyakan tukun tiruan itu akan ditempatkan di perairan utama seperti di sekitar daerah Pekan dan Rompin.

“Jadi, selepas ini komuniti nelayan tidak perlu bimbang mengenai dakwaan kononnya banyak tukun tiruan di perairan Pahang sudah rosak atau musnah, kita akan ganti dan tambah tukun tiruan baharu untuk kemudahan mereka menangkap ikan,” katanya.

Muhammad Faiz berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir pada Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Persatuan Nelayan Kawasan di jeti LKIM Balok, dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 30 nelayan Kuantan menerima bantuan peralatan menangkap ikan bernilai RM17,000.

Antara peralatan diterima adalah tong ikan berinsulasi, pukat dan pelampung.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz memaklumkan proses penyediaan tukun tiruan bagi kemudahan nelayan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perikan.

“Walaupun begitu, LKIM mengambil tanggungjawab ini untuk membantu nelayan, jadi disebabkan itulah kita luluskan sedikit peruntukan bagi tujuan berkenaan,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat