Annuar Gembira PAS Beri Jaminan Pelihara Hak Semua Kaum Dan Agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS bersetuju untuk terus berusaha membuat “engagement” yang berterusan denagn semua tokoh dan pimpinan bukan Islam sebagai usaha membanteras segala persepsi negatif yang berpunca daripada salah faham tentang PAS dan Islam.

Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan dalam pertemuannya dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam, beliau akui gembira dengan jaminan bahawa PAS akan terus menjamin hak semua kaum dan agama, selari dengan prinsip Islam serta Perlembagaan Persekutuan.

“Hari ini (semalam) saya bersama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk bertukar tukar pandangan serta mendapat garis panduan mengenai dasar dan halatuju perjuangan.

“Saya bersyukur kerana berada dalam satu wadah perjuangan yang sangat jelas dan sangat istiqamah, terutama sekali dalam konteks Islam dan kenegaraan.

“Saya gembira dengan jaminan bahawa PAS akan terus menjamin hak semua kaum dan agama, selari dengan prinsip Islam serta Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Bekas Setiausaha Agung Umno itu menambah, beliau juga bersyukur kerana dasar PAS amat konsisten dengan Piagam Muafakat Nasioanl yang dipimpinnya di mana berteraskan prinsip Love, Unity and Respect.

“Kita bersetuju supaya PAS terus berusaha membuat “engagement” yang berterusan dengan semua tokoh dan pimpinan bukan Islam sebagai usaha membenteras segala persepsi negatif yang berpunca daripada salah faham tentang PAS dan Islam. Insya-Allah.

“PAS mengekalkan sikap terbuka kepada perbincangan dan perundingan yang boleh membawa kepada kebaikan, kebajikan, serta keharmonian rakyat Malaysia,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat