Agong Zahir Penghargaan Hubungan Erat Malaysia dan China

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap hubungan erat Malaysia dan China yang terjalin secara istimewa dalam pelbagai aspek, lapor Utusan, hari ini.

Memetik laporan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka menzahirkan penghargaan itu ketika menerima menghadap dan kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di Istana Negara hari ini.

Menurut beliau lagi, Seri Paduka juga menzahirkan penghargaan dengan bantuan yang telah dihulurkan Kerajaan China dan kerjasama di antara kedua-dua negara dalam memerangi penularan wabak Covid-19 serta pemulihan pasca pandemik.

“Dalam sesi yang berlangsung selama 45 minit bermula pada pukul 11.45 pagi, Seri Paduka dan Wang Yi menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang erat terjalin di antara Malaysia dan China sejak tahun 1974.

“Kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan usaha pengukuhan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi susulan peningkatan jalinan hubungan Malaysia-China ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.

“Kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-10 perkongsian itu tahun depan,” katanya.

Ahmad Fadil turut memaklumkan Seri Paduka dan Wang Yi dalam sesi menghadap itu turut menyentuh berkenaan projek-projek pelaburan syarikat-syarikat dari China di Pahang khususnya di Malaysia-China Kuantan Industrial Park yang terletak di Gebeng.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan China kerana projek-projek tersebut menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi terutamanya di negeri Pahang dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Malaysia,” katanya.

Ahmad Fadil menambah, Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Wang Yi atas persilaan kepada Al-Sultan Abdullah untuk mengadakan lawatan rasmi ke China.

“Seri Paduka Baginda berkenan mempersilakan Presiden China, Xi Jinping untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia. Kali terakhir beliau melawat Malaysia ialah pada tahun 2013,” katanya.

Untuk rekod, China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009 dan menyumbang 18.9 peratus kepada jumlah dagangan global negara pada 2021.

Pada masa yang sama, jumlah dagangan China dengan Malaysia juga mencecah rekod tertinggi sebanyak $AS101.55 bilion pada 2021 manakala pada tahun sama juga, stok pelaburan langsung asingdari China ke Malaysia telah mencecah RM25.91 bilion.

Selain itu, tahun yang sama, pelaburan diluluskan dengan penyertaan dari China ialah RM16.6 bilion, manakala pelaksanaan pelaburan dengan penyertaan dari China mencecah RM1.82 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat