7 Ribu Pek Makanan, 100 Ringgit Sebulan Bantu Miskin Bandar – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah program ‘Jejak Prihatin’ akan mengagihkan 7 ribu pek makanan serta menyemak pemberian 100 ringgit sebulan untuk 3 bulan di bawah Prihatin Kasih bagi membantu keluarga miskin bandar di sekitar ibu negara.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya berkata, program berkenaan akan dilancarkan pada 14 Julai ini dan turut dibantu oleh Sukarelawan Wilayah Prihatin atau PriVo (Prihatin Volunteer).

“Bermula lusa, saya lancarkan JEJAK PRIHATIN di mana 2000 sukarelawan PRIHATIN (PriVo WP) akan bergerak rumah ke rumah menemui keluarga miskin bandar , bawa 7000 pack bekalan serta menyemak pemberian RM100 sebulan utk 3 bulan di bawah PRIHATIN KASIH.Kita semak jgn ada yg tertinggal,” katanya.

Jejak Prihatin merupakan usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dengan penglibatan sukarelawan bertujuan memberi sokongan moral kepada keluarga yang mengalami tekanan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau disebabkan kehilangan ahli keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat