Parah! LPPKN dapati masalah kesuburan lelaki meningkat

Pemimpin DAP Dakwa Tindakan MP Warisan Mengecewakan Pembayar Cukai

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Warisan, yang tidak hadir ke sesi undian perbahasan belanjawan semalam, dihentam pemimpin Pakatan Harapan kerana “mengecewakan pembayar cukai.” Bekas pengerusi...

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...

Pemberian vaksin pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM bermula hari Selasa

CYBERJAYA: Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh negara,...

KUALA LUMPUR: Data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tempoh 2010 hingga 2019 mendapati masalah kesuburan dalam kalangan lelaki di negara ini didapati semakin meningkat.

Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah berkata masalah tersebut turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin.

Abdul Shukur berkata, data LPPKN itu mendapati, kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatatkan keputusan abnormal.

“Memandangkan 95 peratus lelaki dapat menjalinkan hubungan seksual secara normal, mereka tidak sedar bahawa mereka mungkin mengalami masalah kesuburan,” katanya.

Abdul Shukur berkata, satu kajian antarabangsa mendapati, masalah ini semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini dan isu itu membabitkan tujuh peratus populasi lelaki dunia.

“Tahap kesuburan dalam kalangan lelaki berumur kurang dari 30 tahun juga telah menurun sebanyak 15 peratus,” katanya.

Beliau berkata, isu kesuburan lelaki ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam kalangan pasangan berkahwin berdasarkan dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang menunjukkan peningkatan dari 6.9 peratus pada 2004 kepada 8.6 peratus pada 2014.

“Angka ini dijangka mencecah 10 hingga 12 peratus, menghampiri kadar global iaitu 10 ke 15 peratus sekarang,” katanya.

Abdul Shukur berkata, senario itu suatu yang membimbangkan kerana boleh membawa kepada penguncupan generasi akan datang yang menjadi tonggak pembangunan negara pada masa depan.

Pada masa sama, beliau berkata kerjasama dalam kalangan suami bagi pasangan yang mendapatkan perkhidmatan di klinik LPPKN adalah sangat baik, iaitu 100 peratus hadir bersama pasangan dan menjalani rawatan seperti yang disyaratkan oleh lembaga itu.

“Ini menunjukkan persepsi golongan lelaki mengenai masalah kesuburan semakin berubah dan kesedaran mereka dalam hal ini semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, antara faktor yang menyumbang kepada isu kesuburan lelaki ialah masalah psikoseksual seperti kurang nafsu seks.

“Masalah ini juga boleh terjadi apabila terdapat keabnormalan penghasilan dan fungsi sperma akibat defek genetik, penyakit kencing manis, jangkitan seperti mumps (beguk), masalah varikosel (salur darah berpintal),” katanya.

Punca lain termasuk mati pucuk, ejakulasi pramatang, ejakulasi ke dalam pundi kencing, sekatan pada testis dan kerosakan organ reproduktif.

“Masalah kesuburan ini juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran iaitu pendedahan berlebihan kepada bahan kimia, radiasi, suhu panas, asap tembakau, kafein, dadah rekreasi selain kerosakan pada testis akibat kanser atau rawatannya,” kata Abdul Shukur.

Mengenai rawatan, beliau berkata, LPPKN akan memberikan kaunseling kepada suami yang mengalami masalah seksual selain disaran mengambil ubat dan makanan tambahan tertentu jika perlu.

Bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma abnormal, mereka akan dirawat dengan ubat-ubatan terlebih dahulu dan jika gagal akan dirawat menerusi Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) iaitu kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi (ART) atau Rawatan Bayi Tabung Uji.

Abdul Shukur berkata, data LPPKN dari 2010 hingga 2019 menunjukkan, 75 peratus klien menjalani rawatan ART dengan 80 peratus daripadanya merekodkan persenyawaan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...

Pemberian vaksin pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM bermula hari Selasa

CYBERJAYA: Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh negara,...