Catat Lebih 60,000 Kes Sehari, Amerika Syarikat Sedia Buka Semula Disney World

- Advertisement -

Di saat negara-negara lain masih dalam tempoh berjaga-jaga dengan penularan wabak COVID-19, Amerika Syarikat selaku negara dengan kes tertinggi dunia sudah mula optimis untuk membuka semula taman tema Disney World yang bertempat di Florida.

Dinamakan sebagai ‘The Most Magical Place on Earth’, taman tema ini dilaporkan sudah bersedia untuk dibuka buat para pengunjung seawal minggu ini mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan dimana orang ramai perlu memakai penutup muka serta mengamalkan penjarakan sosial.

image

SUMBER: PEOPLE

Apa yang mengejutkan orang ramai seluruh dunia sudah pastinya keputusan untuk membuka semula Disney World di saat Florida mencatatkan peningkatan kes ketiga tertinggi iaitu sebanyak 10,360 kes terbaru melibatkan 95 kematian.

Di sebalik pembukaan awal Disney World, taman tema ini dilaporkan sudah mula menerima jumlah pengunjung yang ramai. Lebih mengejutkan, tiket bagi Disney World bagi bulan Julai sudah habis dijual semuanya.

Setakat ini, Amerika Syarikat menjadi negara dengan kes COVID-19 tertinggi dunia dengan 3.2 juta kes melibatkan 135,000 kematian.

the Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat