Amitabh Bachchan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Positif Covid-19

- Advertisement -

INDIA: Amitabh Bachchan, salah seorang bintang filem terkenal di India, telah disahkan positif COVID-19 semalam. Turut disahkan positif ialah anaknya, yang juga seorang pelakon terkenal, Abhishek Bachchan.

Kedua-duanya dipindahkan ke hospital swasta.

“Saya telah diujiji COVID positif … dipindahkan ke hospital … pihak hospital memaklumkan kepada pihak berkuasa … keluarga dan kakitangan menjalani ujian, hasilnya ditunggu,” kata Amitabh Bachchan, 77, menerusi akaun Twitternya.

“Semua (orang) yang pernah berhampiran dengan saya dalam tempoh 10 hari lepas, diminta agar menjalani ujian.”

Anak lelakinya yang berusia 44 tahun, Abhishek, beberapa minit kemudian di Twitter turut mengesahkan bahawa dia juga positif Covid-19.

Pelakon Bollywood itu dimasukkan ke Hospital Nanavati di Mumbai yang juga merupakan pusat kewangan dan hiburan India.

Legenda Bollywood itu sebelum ini telah memimpin usaha memerangi koronavirus di negara itu, termasuk muncul dalam perkhidmatan iklan awam.

Beliau menyertai industri filem sejak tahun 1969 dan telah berlakon dalam lebih daripada 200 buah filem. Pelakon ini pernah mengalami kecederaan yang hampir membawa maut semasa penggambaran adegan aksi sebuah filem yang ditayangkan pada tahun 1982 dan berada dalam keadaan kritikal selama beberapa bulan.

Bollywood baru-baru ini memulakan semula aktiviti penggambaran filem setelah beberapa bulan dihentikan akibat bermulanya Perintah Lockdown di India pada akhir Mac lepas.

Tetapi semua pelakon yang berusia lebih dari 65 tahun, seperti Amitabh, dilarang berada di lokasi penggambaran kerana mereka terdedah kepada bahaya virus berkenaan.

Jumlah kes positif koronavirus di seluruh India, telah meningkat pada hari Sabtu dengan 820.916 kes – yang ketiga tertinggi di dunia – mencatat sebanyak 22,123 kematian – AL Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat