PM Arah Segera Baiki Kerosakan Di ICQ Johor

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan kemudahan awam di Kompleks Kastam dan Imigresen (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor, segera dibaik pulih.

Beliau yang mengadakan tinjauan mengejut bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Ghazi ke kompleks ICQ mendapati eskalator dan pintu automatik (autogate) untuk pemegang pasport Malaysia mengalami kerosakan.

“Kompleks ini sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya.

“Saya mendapati kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia.

“Kekurangan ini perlu diselesaikan segera untuk kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara dari luar kerana ia merupakan salah satu pintu masuk utama negara.”katanya.

May be an image of 5 people and people standing
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan kemudahan awam di Kompleks Kastam dan Imigresen (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor, segera dibaik pulih.

Mengikut anggaran data terkini, seramai 140,000 orang secara purata menggunakan SIQ setiap hari setelah sempadan dibuka.

Kerosakan itu berlaku setelah sekian lama Pandemik Covid-19 dan menyebabkan CIQ tidak dibuka dan digunakan. Jadi ia memerlukan peruntukan khusus untuk memastikan urusan keluar masuk rakyat Malaysia dan pengunjung dari Singapura berjalan lancar.

Kerajaan negeri Johor juga mencadangkan agar penambaikkan kaunter-kaunter imigresen seperti untuk laluan kereta dan motosikal.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sudi turun padang melihat sendiri keadaan di CIQ BSI.

“Terima kasih YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang sudi turun padang melihat sendiri keadaan di CIQ BSI.

“Semoga dengan lawatan ini akan membawa limpahan rahmat kepada pengguna,” katanya.

Pada 20 Mei lalu, Onn Hafiz, dilaporkan melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini.

Menerusi muat naik di akaun Facebooknya, Onn Ghazi dilaporkan berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Imigresen Johor, Kastam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Penguatkuasaan Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor bagi memperbaiki sistem keluar masuk di sempadan negara.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat