Persembahan Denden, Search luar biasa

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Konsert Search Rockin’ On Rooftop yang dihadiri lebih 3,000 peminat dalam dan luar negara di Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, di sini, malam tadi berlangsung dengan penuh meriah dan mengagumkan.

Biarpun konsert bermula sedikit lewat sekitar jam 10.30 malam berikutan hujan, namun segalanya dapat diatasi dengan  baik selain peminat yang hadir masih setia menanti meskipun ramai yang sudah ‘lencun’.

Pemain gitar Search, Kid berkata, dia pada awalnya mengaku risau apabila hujan yang turun tidak menunjukkan tanda akan berhenti dalam tempoh yang singkat.

“Hujan yang turun adalah rezeki buat kami. Tak sangka kehadiran peminat yang hadir cukup luar biasa.  Peminat tetap setia menanti walaupun terpaksa bermandi hujan.

“Pada awalnya saya menjangkakan hujan akan turun lebih lama, tapi syukur segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar,” katanya.

Menurut Kid, kehadiran vokalis baharu Search Denden Gonjalez pada konsert Search Rockin’ On Rooftop sememangnya cukup luar biasa dan menepati segala ekspektasi kumpulan itu.

“Kami berpeluang bersama dalam waktu yang agak singkat, tapi kami cuba gandakan usaha dan latihan.

“Walaupun begitu tapi kami dapat keputusan yang baik malam ini (semalam). Denden memberikan sepenuh energi yang dimiliki demi meneruskan legasi Search,” katanya.

Selain kehadiran Kid dan Denden, konsert terbabit turut menampilkan Noordin (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram).

Pada konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Search menghiburkan peminat dengan hampir 17 lagu popular kumpulan itu.

Antaranya Fantasia Bulan Madu, Bencana, Metropolitan, Pasti, Purnama, Melastik Ke Banting, Teguh dan Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Konsert terbabit turut dimeriahkan dengan persembahan Ratu Rock, Ella yang menyanyikan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan duet bersama Denden.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat