Perlombongan Haram: Pemuda BN Pahang Kecam Aktivis Muat Naik Video Tahun 2017

- Advertisement -

RAUB: Pemuda Barisan Nasional (BN) Pahang mengecam seorang pemilik akaun Facebook kerana sengaja memuatnaikkan satu video lama aktiviti perlombongan haram di Kuala Medang, Sungai Koyan, Pahang.

Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda BN Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, berkata tindakan pemilik akaun Facebook ‘Sabrina Syed’ itu sengaja mengundang kecaman nitizen terhadap Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail dan Kerajaan Negeri.

Ianya adalah video lama berhubung aktiviti perlombongan haram yang berlaku pada tahun 2017 atau kira-kira 4 tahun lalu. Kes ini sudah lama selesai, kata beliau.

“Saya tertanya-tanya apa motif serta agenda Puan Sri Sabrina Syed memuatnaik video lama aktiviti perlombongan haram di Kuala Medang di laman facebook beliau baru-baru ini.

“Sedangkan di ruangan komen status Facebook beliau tersebut saya telah menjelaskan bahawa ia adalah video lama berhubung aktiviti perlombongan haram yang berlaku pada tahun 2017 atau kira-kira 4 tahun lalu. Kes ini sudah lama selesai.

“Dalam ruangan komen itu juga, saya telah menjelaskan bahawa berhubung kes perlombongan haram tersebut, seorang kakitangan JPS tanpa kebenaran telah mengeluarkan surat kelulusan kepada sebuah syarikat untuk kerja-kerja mendalamkan sungai. Kemudiannya syarikat ini dikesan bukan melakukan kerja mendalamkan sungai sebaliknya melaksanakan aktiviti perlombongan tanpa kebenaran,” jelas Fadzli kepada SuaraTV, sebentar tadi.

Tegasnya lagi, aktiviti perlombongan di kawasan tersebut telah dihentikan serta-merta oleh pihak berkuasa sebaik sahaja diketahui.

Manakala kakitangan JPS tersebut telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk pemotongan 3 tangga gaji. Pihak syarikat juga telah dikompaun, diarahkan mengosongkan kawasan perlombongan tersebut, dan mesin mereka turut disita, ujar beliau.

“Saya juga jelaskan bahawa tindakan beliau memuatnaik video dan status sebegitu telah mengundang kecaman netizen terhadap Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang. Padahal Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang tiada kaitan langsung dengan kes tersebut. Kes itu berpunca daripada kerakusan seorang kakitangan JPS yang tidak bertanggungjawab dan pihak syarikat. Dan paling penting ia kes lama yang telah selesai.

“Saya musykil kenapa Puan Sri Sabrina tidak bertindak memuat turun video dan status tersebut walaupun telah diberi penjelasan. Sebahagian komen saya juga ada yang dipadamkan,” ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan pemilik akaun Facebook tersebut di mana sekarang beliau (Sabrina Syed) membangkitkan isu perlombongan di Tasik Chini pula.

“Apakah ada motif tersembunyi??? Wallahualam,” soalnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat