4.22 Juta Individu Terima Suntikan Pertama dan Kedua Vaksin Setakat Semalam – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 1,297,818 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya, seramai 2,929,736 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,227,554 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 170,855 dos diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).

Sementara itu, berdasarkan maklumat laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin yang dikongsi Dr Adham, sebanyak 13,757,093 pendaftaran direkodkan semalam dengan perkembangan nasional sebanyak 56.70 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,503,976 pendaftaran diikuti Johor (1,716,130), Sarawak (1,318, 644) dan Kuala Lumpur (1,163,711). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,542FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat