Wanita Usia 101 Tahun Antara Korban Covid-19 Semalam

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 5,793 kes hari ini (semalam) dengan jumlah keseluruhan 652,204 kes membabitkan 76,247 kes aktif serta 76 kematian termasuk seorang wanita berusia 101 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, enam kes import dilaporkan, manakala 5,787 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,582 kes dengan diikuti Negeri Sembilan (618 kes) dan Sarawak (569 kes).

“Terdapat 914 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 459 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 8,334 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 572,113 kes atau 87.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat 76 kematian dilaporkan hari ini membabitkan individu tempatan berusia antara 31 hingga 101 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 3,844 kes atau 0.59 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat