PN Ganggu Sabah, Kami Akan Lawan Balik – Shafie

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal memberi amaran akan menentang Perikatan Nasional (PN) jika meneruskan hasrat menarik sokongan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi menyertai blok kerajaan pusat tersebut.

Presiden Warisan itu mendakwa, seorang ahli Parlimen Silam, Mohammadin Ketapi dihubungi oleh bekas menteri Umno, Anifah Aman sebanyak 3 kali supaya meninggalkan Warisan.

Shafie berkata demikian dalam siding media di Kota Kinabalu malam tadi selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat daripada negeri itu.

“Kenapa sekarang? Tidak semudah itu, kami akan lawan balik. Ini negeri dan negara kita, kita ada hak.

“Jangan cuba dan tekan kami. Kita ada persidangan Parlimen (Julai ini) dan saya mahu ingatkan semua bahawa saya tidak akan berdiam diri.

“Ingat pilihan raya lepas apabila mereka mengintimidasi kita? Saya bercakap di Parlimen. Biar semua rakyat Malaysia dengar – apakah ini kerajaan yang kita mahu? Apakah ini caranya kita mentadbir negara. Ini sangat tidak patut.

“Jangan ganggu negeri Sabah, jangan ganggu rakyat Sabah. Bila kamu ganggu, kami akan lawan balik,” katanya.

Anifah juga didakwa sedang melakukan usaha untuk menggabungkan parti-parti tempatan Sabah bagi membentuk Gagasan
Rakyat Sabah yang dikhabarkan akan didaftar dalam masa terdekat.

Terdahulu, bekas menteri pelancongan, seni dan budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, mengesahkan beliau pernah dipujuk oleh Anifah Aman supaya meninggalkan Warisan.

Pun begitu, beliau berkata, permintaan dan pujukan daripada seseorang agar meninggalkan parti adalah “perkara biasa”.
Mohamaddin juga menjelaskan selain bekas menteri luar itu ada rakan-rakan beliau yang lain menghubunginya untuk mengajak bertukar parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat