Covid-19: Masjid Putra Kembali Dibuka Untuk Solat Jumaat dan Solat Jemaah

- Advertisement -

Masjid Putra, Putrajaya dibuka semula untuk solat Jumaat dan berjemaah selepas lebih tiga bulan ditutup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pembukaan Masjid Putra dilakukan selepas pengurusan masjid mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin masih ditutup untuk aktiviti keagamaan kerana berada dalam zon kuning,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Taska Mawaddah di bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff,

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengumumkan sebanyak 25 masjid dan 31 surau dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan mengadakan solat Jumaat.

Selain menambah jumlah jemaah, sistem penggiliran atau sebarang mekanisme yang sesuai perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa kariah masjid serta surau dalam zon hijau bagi memberi peluang orang ramai hadir solat berjemaah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Taska Mawaddah adalah pusat jagaan pertama dibuka di Jakim yang mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Zulkifli berkata, pihaknya berpuashati dengan pematuhan SOP yang dilaksanakan bagi menjamin keselamatan kanak-kanak di taska berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat