Subsidi petrol: Kerajaan sedang teliti kriteria kumpulan ber­­pendapatan tinggi iaitu T5, T10, T15 dan T20

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang me­neliti kriteria kumpulan ber­­pendapatan tinggi iaitu T5, T10, T15 dan T20 khususnya ber­kaitan garis pemisah pendapa­tan, sebelum pelaksanaan sub­sidi bersasar petrol RON95 dapat diperincikan.

Menteri Ekonomi Akmal Nas­r­ullah Mohd Nasir berkata, ca­dangan itu telah dibincangkan da­lam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) su­sulan pengumuman Perdana Menteri mengenai keperluan me­nyasarkan semula subsidi.

Menurut beliau, antara ca­ba­­ran utama yang sedang di­per­ha­lusi adalah menentukan ga­ris pemisah pendapatan yang sesuai bagi membezakan golo­ngan layak menerima subsidi dan mereka yang wajar dikeluarkan daripada sistem ber­kenaan.

“Itu antara intipati perbinca­ngan yang sedang dilakukan ba­gi menentukan di manakah ga­ris pemisah antara mereka yang sewajarnya menerima subsidi dan mereka yang mungkin le­bih sesuai dikeluarkan daripada sistem berkenaan.

“Kita mahu memastikan pe­nya­saran subsidi dapat dilaksa­nakan dengan adil, tetapi pada masa sama tidak menjejaskan kum­pulan yang masih memer­lukan bantuan atau belum ber­sedia untuk beralih sepenuh­nya,” katanya ketika di­temui se­­­le­pas Majlis Penyerahan Ta­­wa­­ran Di Bawah Kerjasama Stra­tegik Di Antara Kerajaan Malaysia dan Arm Limi­ted lapor Utusan pada Isnin.

Kata Akmal Nasrullah, selain pendapatan, beberapa faktor lain turut dipertimbangkan da­lam menentukan kategori T15 ter­masuk data sedia ada yang boleh dijadikan rujukan oleh ke­­rajaan.

“Apabila pendekatan ini di­lak­­sanakan, kita juga akan me­­­­nye­diakan ruang untuk ra­yuan bagi memastikan proses ter­sebut le­bih adil. Bila garis pemisah itu lebih jelas, ia akan memu­dahkan penerimaan da­lam ka­langan kumpulan sasaran,” katanya.

Menurutnya, pendirian Ke­menterian Ekonomi kekal kon­sis­ten bahawa bantuan ke­rajaan perlu disalurkan secara bersasar agar manfaatnya benar-benar dinikmati oleh kumpulan yang layak.

“Jika subsidi tidak diurus de­ngan cermat, ia boleh memberi implikasi yang ingin kita elakkan.

“Kita perlu mengimbangi ke­perluan melindungi rakyat, meng­awal inflasi dan memastikan pembangunan ekonomi negara terus berjalan supaya semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi,” katanya lagi.

Tambah beliau, perincian pelaksanaan subsidi bersasar itu dijangka dapat dimuktamadkan sebelum bermulanya bulan hadapan apabila ia mula dilaksa­nakan namun perkara tersebut masih di peringkat perbinca­ngan.

“Kalau pandangan saya, seba­ik­nya kita boleh memuktamadkan sebelum bermulanya bulan yang baharu. Saya jangkakan apabila dilaksanakan nanti, kemungkinan besar ia akan bermula pada awal bulan. Namun, perkara ini masih di peringkat perbincangan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan subsidi petrol untuk golongan berpendapatan tinggi bagi membantu negara mengharungi keadaan ekonomi semasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat