Hari Jururawat Sedunia, Semoga Terus Cemerlang – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menghargai sumbangan para jururawat di negara ini, terutama ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di Malaysia.

Dengan tema “A Voice to Lead : Nursing The World To Health”, 12 Mei dipilih sebagai hari untuk menghargai profession jururawat di seluruh dunia berdasarkan kepada tarikh lahir pengasas kejururawatan moden, Florence Nightingale yang dilahirkan pada 12 May 1820 di Britain.

“Sambutan tahunan itu untuk mengenang dan menghargai sumbangan para jururawat yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan setiap negara”, kata Zahid seperti dipetik dari akaun media sosialnya.

Pengerusi BN itu juga berharap semoga profesion kejururawatan terus cemerlang di persada dunia!

Tambah beliau lagi, “Semoga sambutan Hari Jururawat Sedunia ini menjadi pemangkin semangat pada jururawat untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik buat rakyat Malaysia”.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat