Iran Desak AS Buktikan Kepercayaan, Rundingan Gagal Capai Kata Sepakat

TEHRAN – Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf menegaskan kini terpulang kepada Amerika Syarikat untuk membuktikan sama ada ia mampu meraih kepercayaan Tehran atau sebaliknya.

Dalam satu kenyataan di platform X, beliau yang mengetuai delegasi Iran dalam rundingan di Pakistan berkata, pihaknya sejak awal telah menunjukkan “niat baik dan kesediaan” untuk berunding.

Namun, menurut beliau, pengalaman Iran melalui dua peperangan sebelum ini menyebabkan negara itu masih belum mempunyai kepercayaan terhadap pihak lawan.

Ghalibaf berkata delegasi Iran telah mengemukakan beberapa cadangan yang bersifat ke hadapan, tetapi pihak satu lagi gagal meyakinkan Iran dalam pusingan rundingan tersebut.

“Kami tidak akan berhenti walau sesaat untuk memperkukuh pencapaian sepanjang 40 hari pertahanan nasional Iran,” katanya.

Beliau turut menyifatkan rundingan tersebut sebagai “intensif” dan merakamkan penghargaan kepada Pakistan atas peranan sebagai fasilitator dalam usaha diplomatik berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat