Jalin kerjasama selepas PRN langkah strategik Umno Sabah, kata penganalisis

- Advertisement -

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menyifatkan ia langkah strategik buat Umno Sabah menjalin pakatan dengan Warisan atau parti lain hanya selepas PRN akan datang.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah memberi contoh penubuhan kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan gabungan lain di peringkat persekutuan, yang tidak diduga ramai.

Katanya, perkara sama boleh berlaku di Sabah selepas PRN akan datang kerana “dalam politik, anda selalu lihat dua pihak yang melakukan serangan bertubi-tubi dan melemparkan tuduhan tiba-tiba menjadi kawan baik, di sebalik sejarah permusuhan mereka.”

Beliau berkata, masalah Umno Sabah ialah kemerosotan kekuatan BN Sabah selepas beberapa tokoh penting keluar parti dan menubuhkan parti baharu.

Contohnya, Shafie Apdal meninggalkan Umno dan menubuhkan Warisan, ditambah pula Parti Bersatu Sabah (PBS) serta Upko meninggalkan BN yang menyebabkan gabungan itu semakin lemah di Pantai Timur Sabah serta kwasan majoriti Kadazandusun Murut (KDM).

“Polemik Umno ialah parti komponen BN lain tidak menunjukkan prestasi. Parti Bersatu Rakyat Sabah mungkin boleh bantu mempertahankan kerusi (Parlimen) Pensiangan, tetapi bagaimana dengan kerusi bandar atau majoriti KDM?

“Parti Maju Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), PBS dan Upko semuanya pernah menjadi parti komponen BN serta menyumbang undi kepada calon Umno. Kini mereka adalah lawan.”

Upko meninggalkan BN selepas PRU14 yang menyaksikan gabungan itu disingkirkan dari Putrajaya. Ia kemudiannya menyokong dan menyertai PH. LDP dan PBS menyusul, dengan PBS kini merupakan parti komponen utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji Noor – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat