Umno Selangor kembalikan 75 jawatan ketua kampung kepada kerajaan negeri

- Advertisement -

PETALING JAYA: Umno Selangor mengembalikan tawaran 75 daripada 373 jawatan ketua kampung atau pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada kerajaan negeri.

Ketua Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omar Din berkata, ia sebaliknya akan mengambil lantikan jawatan pengerusi komuniti desa Madani yang bakal diwujudkan di setiap kampung seluruh Selangor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Katanya, ketua bahagian sudah menyerahkan senarai calon untuk jawatan itu kepadanya.

“Semua bahagian saya sudah minta menamakan calon pengerusi komuniti desa Madani di peringkat kampung. Saya sudah terima dan diangkat kepada kementerian, kelulusannya pun kita sudah dapat,” katanya menurut Utusan Malaysia.

ADVERTISING

“Selepas raya, saya akan adakan pertemuan dengan semua pengerusi dan setiausaha yang berjumlah 746 orang untuk saya serahkan watikah mereka dengan disaksikan semua ketua bahagian yang tadi juga saya sudah bentang dalam mesyuarat perhubungan (Sabtu lalu).”

Akhbar itu dalam analisisnya sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Borhan Aman Shah mendedahkan Umno ditawarkan 75 jawatan pengerusi MPKK.

Formula itu berdasarkan jumlah kerusi dimenangi Barisan Nasional di DUN Sungai Air Tawar dan Dusun Tua, walaupun parti itu menegaskan untuk terlibat dalam pemilihan pengerusi MPKK selepas mengembalikan semula kuota lantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat