‘Seindah Kasih The Movie’ ditayangkan eksklusif di Tonton

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sempena Ramadan Raya 2023, kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima Berhad (MPB) bakal membawakan filem eksklusif ‘Seindah Kasih The Movie’ genre komedi romantik yang ditayangkan kepada penonton bermula hari ini menerusi aplikasi Tonton.

Filem ini diterbitkan bagi menyemarakkan kempen Seindah Kasih yang dilancarkan MPB sejak 12 Mac lalu.

Filem terbabit mengisahkan kehidupan enam pengamal media MPB daripada bidang kerja berbeza yang mencari jalan untuk mengharungi cabaran, kesibukan dan kemelut mereka hadapi ketika Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Seindah Kasih The Movie yang dikategorikan Filem Tonton Original, diarah pengarah terkenal, Nik Amir Mustapha.

Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat yang memegang watak utama seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Siti Saleha dan Shasha Abedul.

Watak Nazmi lakonan Syafiq Kyle iaitu wartawan akhbar, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Alia (Mimi Lana) yang bertugas di bahagian digital.

Perbalahan antara mereka tercetus apabila Alia mengadaptasi laporan Nazmi ke laman TikTok tanpa memberi kredit atau perakuan bahan terbabit diambil daripada sumber lain.

Di unit televisyen (TV) pula, watak Sharifah yang dibawakan Siti Saleha memperlihatkan tugas digalas dirinya sebagai penerbit. Namun, Sharifah amat bergantung kepada pembantunya, Nina yang dilakonkan Shasha.

Sementara di konti radio, Jamal lakonan Anas menempa nama sebagai duo komedi bersama rakannya, Khairul

lakonan Luqman.

Khairul melebarkan sayapnya untuk menjadi pelakon filem. Namun, perbalahan tercetus apabila mereka

mula bertikam lidah ketika bersiaran.

Selain filem Seindah Kasih The Movie, aktiviti lain yang turut berlangsung sepanjang kempen Seindah Kasih adalah Skuad Seindah Kasih x Jom Ronda yang dilancarkan sejak 22 Mac hingga Ahad ini.

“Diari Alia” iaitu diari digital turut menjadi pelengkap bonus kepada kempen Seindah Kasih.

Kempen Seindah Kasih yang dilancarkan MPB diadakan sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia stesen TV dibawah naungannya.

Objektif kempen ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada semua umat Islam supaya bersyukur dengan apa yang dimiliki dan bersedekah kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Kempen ini juga bertujuan menyatukan semua jenama MPB dan mempamerkan kehebatan MPB sebagai syarikat media nombor 1 di Malaysia.

Kempen ini mendapat sokongan penuh daripada semua platform termasukT V3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios, BH, Harian Metro, Oh Bulan, Seismik, Xtra, Sirap Limau, Waktu Solat Malaysia dan Big Tree.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat