‘Saya sudah menang!’ – Youn Yuh Jung

- Advertisement -

London: Pelakon Youn Yuh Jung, 73, melakar sejarah apabila menjadi warga Korea pertama memenangi trofi di Anugerah Filem British Academy of Film and Television Arts (BAFTA), yang berlangsung di Royal Albert Hall, di sini, hari ini.

Pelakon veteran itu membawa pulang trofi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem Minari.

Lebih manis, ucapan kemenangan Youn Yuh Jung yang cukup kelakar menjadi tular di seluruh dunia. Dia yang menyampaikan ucapannya dalam bahasa Inggeris nyata cukup terharu dengan pengiktirafan itu.

“Saya hilang kata-kata, saya rasa sangat terhormat dicalonkan, oh tidak, saya sudah menang! Pertama, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga diraja Edinburgh.

“Jutaan terima kasih untuk anugerah ini. Setiap anugerah ada maknanya tersendiri. Namun, anugerah ini sedikit istimewa kerana saya diiktiraf warga British yang terkenal begitu angkuh.

“Mereka luluskan bahawa saya adalah seorang pelakon bagus. Jadi, saya rasa sangat gembira dengan penghormatan itu. Terima kasih tidak terhingga semuanya, pengundi, dan BAFTA,” katanya.

Youn Yuh Jung sendiri jelas tidak menjangka kemenangan itu dan hampir tergagap sewaktu menyampaikan ucapan kemenangan. Dalam kategori itu, dia menewaskan Niamh Algar, Kosar Ali, Maria Bakalova, Dominique Fishback, dan Ashley Madekwe.

Anugerah berprestij tahunan itu berlangsung dengan dipancarkan secara maya dari Royal Albert Hall. Filem Nomadland terus cemerlang apabila menang Filem Terbaik.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat