Kata-kata semangat The Rock buat Azaylia

Los Angeles: Pelakon The Rock, 48, mengakui hatinya luluh mendapat tahu nasib anak perempuan Ashley Cain, 30, iaitu Azaylia, lapan bulan menghidap leukemia tahap terakhir dan dijangka tidak hidup lama.

Demikian itu, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson sempat memberikan kata-kata sokongan moral buat Azaylia.

Menurutnya, dia sangat bersimpati dengan nasib Azaylia namun berharap mereka sekeluarga akan tetap kuat menjalani kehidupan seperti wira sejati.

“Saya jarang sangat memeriksa DM (mesej peribadi) dan seorang rakan kamu (Cain) mesej saya. Takdir membawa saya melihat mesejnya dan pautan diberikannya membawa saya ke halaman kamu.

“Saya mahu beritahu kamu bahawa saya sangat bersimpati untuk anak perempuan cantik kamu, Azaylia. Cakap kepadanya, terus berjuang dan terus kuat,” katanya.

Sabtu lalu, Cain dan pasangannya Saffiya Voraje, 34, reda untuk membawa pulang anak mereka itu atas saranan doktor. Doktor juga mendedahkan sudah tiada jalan untuk merawat anaknya itu.

Azaylia sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak empat kali dan tiada rawatan susulan lain mampu menyelamatkannya. Kini, hayatnya dijangka tidak lama berikutan memiliki banyak tumor dalam badannya.

Agensi

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Netizen Tular Video Keluarga Neelofa Sambut Aidilfitri

PETALING JAYA – Belum reda isu rentas negeri dan karpet, keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar prosedur operasi...

V12 paling berkuasa

Ferrari 812 Competizione, edisi terhad siri istimewa terbaharu yang dibangunkan daripada model 812 Superfast, diperkenalkan baru-baru ini. Versi Targa (bumbung separuh terbuka) iaitu 812 Competizione...

Honor lancar MagicBook 15, Band 6

Kuala Lumpur: Honor melancarkan laptop MagicBook 15 serta memperkenalkan model baharu gelang pintar Honor Band 6 di seluruh negara, hari ini. Berbanding dengan model terdahulu,...