‘Dia lebih pentingkan hati dia, suami dan mentua’ – Chef Wan

Kuala Lumpur: Kemelut membabitkan chef selebriti, Datuk Chef Wan dengan anaknya juga pelakon, Serina Redzuawan bagai tidak berkesudahan.

Terbaharu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, mendedahkan bagaimana Serina yang mengatakan dirinya sudah dimalukan berdasarkan beberapa kenyataannya di Instagram sebelum ini.

“Anak saya cakap kenapa saya mereka. Katanya, nanti suami kena tindakan tatatertib atau dibuang kerja. Katanya lagi malu kedua mentuanya sebab isu ini. Bukan dia ingat hati bapa dia ini yang ditipu oleh mereka. Kita mendapat malu.

“Netizen tak tahu hujung pangkal pula maki hamun tak tentu fasal mahu pun dan semua kawan mereka menyebelahi perbuatan mereka. Kenapa tak fikir 1000 kali nak buat Rina (Serina) sebelum semua ini berlaku?

“Semalam isteri tua mengaku mereka kahwin sebelum dia diceraikan. Kantoi lagi. Biarlah orang tahu cerita sejujur jujurnya agar bapa kau ini tak jadi mangsa dimaki hamun oleh orang. Berani kerana benar Rina. Dia lebih pentingkan hati dia, suami dan mentua,” katanya.

Menerusi hantaran yang memaparkan dirinya sedang membuat pemeriksaan doktor, Chef Wan mengakui berhenti membaca komen netizen di laman sosial.

“Hati saya berdegup kencang dua malam yang lalu. Saya cakap kepada diri bahawa saya akan mengalami serangan jantung kerana saya merasa tercekik. Saya berhenti membaca semua komen di IG.

“Saya telan pil tidur untuk menutup minda dan hati saya yang tertekan dari semua masalah ini. Sama seperti Doktor, saya menjadualkan pemeriksaan perubatan tahunan saya hari ini di hospital Gleneagle dan ujian Covid-19 untuk kali ketiga. Mari buat pemeriksaan menyeluruh,” katanya.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...