Hubungan Umno-PAS Baik, ‘Masih Cium Mulut’ – Tok Mat

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu beliau tidak tahu jika rundingan kerusi antara parti berkenaan dengan PAS telah ditangguhkan ketika ini.

Mohamad berkata setakat ini, rundingan berkenaan masih berlangsung di bawah Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN), yang diadakan setiap dua minggu sekali.

“Saya cuma baca dalam media juga, tetapi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN baru-baru ini, kita (UMNO) nyatakan rundingan kerusi Umno dan PAS (masih) diteruskan.

“Bahkan kita setuju (antara formula yang digunakan) kerusi yang dimenangi akan ditandingi oleh parti masing-masing, dan formula kedua kita setuju parti mana yang dapat undi terbanyak, kerusi berkenaan akan diberikan kepada parti berkenaan,” katanya di Melaka seperti dipetik Bernama.

Media semalam melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya telah menghantar wakil untuk berunding dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi, dan perbincangan dengan UMN0 ditangguhkan buat seketika, kerana parti itu kini berdepan kemelut dalaman.

Mohamad berkata UMNO akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada PAS berhubung perkara berkenaan, ketika Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN yang akan datang.

Ditanya hubungan antara Umno dan PAS ketika ini, beliau berkata: “Kita masih cium mulut lagi (masih baik lagi).”

Mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu UMNO mengadakan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada Jun ini beliau berkata, ia bergantung kepada keadaan semasa terutama ketika pandemik Covid-19 masih lagi mencatatkan kes yang tinggi.

“Dalam keadaan sekarang kita tengok (kes harian) Covid-19, kerana dalam pemilihan ahli wajib hadir, tapi ketika ini ada kesulitan dalam keadaan Covid-19 masih belum reda. Kita perlu patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Macam di (UMNO bahagian) Rembau ada 1,100 perwakilan. Kena cari dewan yang boleh muatkan 3,000 orang untuk patuh kepada SOP. Kita tak boleh bawa 20 peratus sahaja yang hadir, nanti mesyuarat tak sah. Itu kekangan-kekangan yang kami sedang teliti,” katanya.

/

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Malaysia Dateline Fitnah Annuar Musa Langgar SOP PKP – Tun Faisal

CYBERJAYA: Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas portal Malaysia Dateline kerana memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa...

Ust Mohammad Yaakob Bida Kereta Volvo MB Kedah RM150,000

KEDAH: Ustaz Mohammmad Yaakob Yusra Mohd Yusof telah berjaya membida kereta Volvo XC60 3.0 milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dengan jumlah...