SEREMBAN: Barisan Jawatankuasa Pemilihan DAP Negeri Sembilan bagi penggal 2021 hingga 2024 disifatkan sebagai berpengalaman untuk mengemudi parti itu ke arah yang lebih baik.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengekalan muka-muka lama dalam jawatankuasa berkenaan mencerminkan mesej besar daripada perwakilan negeri itu.
Tegasnya, para perwakilan memberi kepercayaan penuh kepada jawatankuasa tersebut dalam mengukuhkan parti DAP.
Jawatankuasa DAP N. Sembilan: Mesej besar perwakilan negeri – Anthony Loke
Tegas Anthony, para perwakilan memberi kepercayaan penuh kepada jawatankuasa tersebut dalam mengukuhkan parti DAP. – Foto Astro AWANI
SEREMBAN: Barisan Jawatankuasa Pemilihan DAP Negeri Sembilan bagi penggal 2021 hingga 2024 disifatkan sebagai berpengalaman untuk mengemudi parti itu ke arah yang lebih baik.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengekalan muka-muka lama dalam jawatankuasa berkenaan mencerminkan mesej besar daripada perwakilan negeri itu.
Tegasnya, para perwakilan memberi kepercayaan penuh kepada jawatankuasa tersebut dalam mengukuhkan parti DAP.
Justeru, Ahli Parlimen Seremban itu menambah semua pihak perlu menghormati mandat yang telah diberikan oleh para perwakilan.
“Saya rasa mesej yang sangat jelas daripada perwakilan DAP dan perwakilan mahu melihat DAP Negeri Sembilan bersatu padu.
“Itu adalah mesej yang paling jelas kerana semua wakil rakyat dipilih masuk dalam jawatankuasa.
“Seperti yang saya tegaskan dalam ucapan pagi tadi, perpaduan dalam parti adalah asas yang sangat penting untuk kita berjaya. Kalau tidak bersatu padu kita tidak boleh lawan musuh kita. Tetapi hari ini mesej yang jelas mereka mahu pasukan yang ‘united unity’,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman 15 anggota Jawatankuasa Pemilihan negeri, di sini pada Ahad.
Beliau dalam masa yang sama berkata, DAP Negeri Sembilan komited memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan di peringkat negeri.
Sebanyak empat lantikan tambahan akan dibuat Jawatankuasa Tertinggi selepas pemilihan tersebut.
– Astro Awani