BN Johor Bincang Agih Kerusi Tanpa PAS, Bersatu

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Johor sudah memulakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara komponen parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad berkata BN Johor sudah mencapai ketetapan untuk UMNO, MCA dan MIC bertanding pada pilihan raya berkenaan.

“Saya sudah mula bincang dengan pimpinan MCA dan MIC,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu kepada pemberita selepas menutup program Bangkit 15 anjuran Biro Latihan dan Perkaderan UMNO Malaysia seperti dipetik Bernama.

Hasni, yang juga Menteri Besar Johor, berkata, bagaimanapun, perbincangan terbabit masih belum memuktamadkan kawasan dan jumlah agihan kerusi setiap parti komponen berkenaan.

Beliau berkata perbincangan soal pengagihan kerusi juga setakat ini hanya melibatkan antara parti komponen BN Johor sahaja dan tidak melibatkan rakan dalam Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu, mengenai Bangkit 15, Hasni berkata ia merupakan usaha mengukuhkan jentera UMNO Johor selain penambahbaikan kaedah serta latihan dalam menghadapi PRU15.

Beliau berkata UMNO Johor sebagai parti komponen BN akan sentiasa mencari jalan dalam mempertingkatkan kekuatan BN Johor.

“Kita telah bincang beberapa perkara (pada program Bangkit 15) seperti pendekatan kempen pilihan raya serta mahu MCA dan MIC juga menggunakan kaedah sama seperti diamalkan oleh UMNO Johor,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...